Search This Blog

Sejarah Sauna dan Mengapa Ia Popular Sejak Dahulu lagi

SEJARAH SAUNA DAN SAUNA DI FINLAND 

 Sebuah Sauna  atau Bilik/Pondok Mandi Wap, merupakan bilik kecil yang direka bentuk untuk menyediakan sesi panas basah atau kering. Bilik Mandi Wap/Sauna atau tradisi mandi wap ini mempunyai sejarah yang panjang dalam budaya beberapa masyarakat seperti: Budaya Mandi Wap di Rome,  Turki dan Celtik, Mandi Keingat bagi orang Asli Amerika yang dikenali sebagai "Inipi", "Furo"  bagi Masyarakat Jepun, "Hamam" di Turki, "Banja" di Russia dan "Temascal" di Mexico.

Namun di Finland sejarah Sauna setidak-tidaknya telah bermula semenjak 1000 tahun yang lalu.Sauna pertama kali diperkenalkan di Finland dan di panggil "Savusunas" atau dengan kata lain bermaksud Sauna Asap. Batu digunakan sebagai medium utama, dimana batu dipanaskan dengan suhu yang tinggi selama 6- 8 jam sebelum digunakan dengan cara merenjis dengan air bagi mendapatkan wap panasnya.

"Temascal" di Mexico.
 
"Banja" di Russia
 
"Hamam" di Turki

 
"Inipi"    

     
Di Finland, sauna masih dianggap penting dalam kehidupan sehariannya kerana faedahnya dari segi kesihatan dan juga untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan apabila ia dilakukan bersama-sama. Malahan terdapat juga segelintir kaum wanita mereka memilih untuk bersalin di dalam bilik sauna. Adalah dianggarkan terdapat lebih dari 2 juta Sauna di Finland, untuk penduduknya sebanyak 5.2 juta.
Masa beredar, masyarakat Finland yang berhijrah ke negara-negara lain, turut membawa tradisi keseronokan mandi sauna dan faedah kesihatan sauna bersama- sama mereka. Ia seterusnya mencetuskan evolusi sauna dan menjadikan ianya popular dan diminati sehingga kini oleh masyarakat Eropah.



MENGAPA IA BEGITU POPULAR SEJAK DAHULU LAGI???
TERDAPAT EMPAT SEBAB UTAMA YANG MEMBUATKAN IA BEGITU POPULAR, IAITU...

RILEKS/REHAKTAN TUBUH
Orang dulu-dulu pun tahu pentingnya untuk merehatkan tubuh (kira macam cas semula tenaga dan mentallah tuu..) Sebenarnya mandi wap membantu merehatkan tubuh dengan cara yang lebih mendalam  dan suasananya jauh dari sebarang gangguan atau tekanan, biasnya tempat sauna mereka adalah sebuah tempat yang  aman dan sunyi dan menjadi kegemaran bagi setengah-setengah orang

DEMI UNTUK KESIHATAN YANG LEBIH BAIK

Menggunakan sauna sekali seminggu boleh mengalakkan peredaran darah yang lebih baik. Ini dapat membantu membersihkan kulit, memelihara kelenjar dan menawarkan kelebihan sebagaimana kita melakukan senaman atau aktiviti riadah.


Gambar: Sebuah keluarga Finland bersantai dan bersenda semasa mandi sauna bersama

PENGERAT IKATAN KEKELUARGAAN/KUMPULAN

Sejarah turut memperkatakan bahawa, sauna dan lain-lain jenis mandian yang dilakukan secara berkelompok telah menjadi tempat yang popular untuk mereka berkumpul, bertemu dan bermesra samada bersama keluarga atau secara berkumpulan.

SEBAGAI PENYEMBUH DAN TERAPI

Anda perlu sekurang-kurangnya meluangkan masa 30 minit atau lebih dalam sehari bagi mendapatkan keberkesanan  dari program terapi sauna. Sauna boleh menjadi satu sumber yang mampu membantu proses penyembuhan. Ia dapat membantu melegakan organ dalaman,  membantu penjanaannya dan membuang toksik dalam badan.