Search This Blog

Sauna: Kebaikan Khas untuk Wanita

KEBAIKAN SAUNA YANG KHAS UNTUK WANITA


Bersauna atau mandi Wap mempunyai signifikasi yang istimewa kepada wanita; dan yang sering diperkatakan adalah , ketika  "datang bulan" (bukan Januari @ Febuari  tuu...) PERIOD TIME Ladies...mandi wap berupaya meringankan rasa kesakitan dan kekejangan yang dialami, sauna memberikan suasana rileks dan membuang lebihan air yang disebabkan penahanan air dalam badan oleh bahan sodium.
  Di atas sebab yang sama juga, mandi wap juga baik untuk wanita sihat yang mengandung. Walaubagaimana pun, bagi kes Toxeamia (Keracunan Darah) atau Kandungan yang berkomplikasi nasihat dari doktor adalah perlu sebelum bersauna atau mandi wap.

Mandi wap selepas bersalin dapat melegakan sakit otot, memperbaiki pengaliran darah , membersihkan kulit dan tubuh serta memberi ruang pribadi kepada ibu seketika. Sebelum ibu berkenaan pulih  sepenuhnya, wap dalam bilik sauna haruslah tidak terlalu tinggi atau terlalu panas.

Mandi wap juga boleh merawat ketidakselesaan bagi wanita yang Menopause. Paling utama, mandi wap membantu mengstimulasikan (merangsang) sistem saraf autonomi, kelenjar pituitary (di bawah otak), kelenjar adrenal dan juga rahim (ovari). Tetapi terdapat juga pakar perubatan  yang mengaitkan menopause sebagai satu krisis penyingkiran (elimination) dan ini menjadikan mandi wap atau bersauna itu lebih diperlukan.

Secara teorinya, datang bulan  atau period, adalah lebih dari menyingkirkan lapisan rahim; ia adalah kitaran eliminatif untuk seluruh tubuh. Setelah penamatan kitaran pembiakan wanita, (maksudnya, bila menopause)  tubuh harus mencari cara lain untuk membersihkan diri dari akumulasi (pengumpulan) racun (yalah dulu period.. sekarang tak dah...) Sementara penyesuaian ini berlaku, gejala-gejala menopause, seperti tidak selesa dirasakan. Mandi Wap, bertindak sebagai eleminator (penyingkir) kepada bahan beracun umum berkenaan, mengurangkan rasa ketidakselesaan yang berlaku dan juga mengurangkan rasa stress.

 
Petikan dari Atikel : Special Sauna Concerns for Women

©1998 by Mikkel Aaland All Rights Reserved