Demam Selsema kebiasaannya bermula dengan : hidung berair, batuk kecil, mungkin sedikit rasa keletihan. Sekiranya dibiarkan, ia akan buat anda rasa kurang selesa dan tidak boleh tidur dengan lena. Malangnya antibiotik tidak berkesan untuk mengubatinya ketika selsema berlaku dan manakala ubat lain hanya sekadar mengurangkan sintom-sintomnya sahaja
Sauna dan Demam Selsema : Meningkatkan Suhu Badan
Sauna dan Demam Selsema : Meningkatkan Suhu Badan
Selsema akan meningkatkan Suhu Tubuh anda dan menurut rencana yang ditulis oleh Mikkel Aaland,"SAUNA & HEALTH" ("Sauna dan Kesihatan"), duduk di dalam sebuah bilik dengan suhu 192 darjah Fahrenheit memiliki banyak manfaat bagi tubuh. Manfaat ini termasuk mengurangkan ketidakselesaan kesan selepas mabuk, arthritis dan bahkan demam biasa. Hal ini turut diperakui oleh Webmd.com, yang mengaitkannya dengan kajian yang dibuat pada tahun 1989 di Jerman, didapati orang-orang yang mengamalkan sauna 2 kali sehari hanya mengalami selsema dalam nisbah 1:2 dari orang yang tidak mengamalkan sauna.
Sebab yang dikaitkan dengan hasil kajian ini adalah, ketika anda duduk di dalam bilik sauna anda akan menghirup udara panas lebih dari 80 degree. Virus selsema tidak dapat bertahan hidup dalam suhu yang tinggi.

Sauna dan Demam Selsema : Memperbaiki Pernafasan
Sauna juga membantu meningkatkan pernafasan anda, yang mungkin tersekat kerana sesak di rongga hidung dan paru-paru. Dengan duduk di Sauna, udara yang hangat membantu membuka saluran udara anda, sehingga lebih mudah untuk bernafas dan lebih mudah untuk mengeluarkan lendir dan cecair yang lain dari tubuh anda. Apabila anda mengeluarkan cecair tersebut, anda membersihkan tubuh dari virus dan membantu tubuh cepat sembuh. Kerana hawa hangat juga membantu anda bernafas dengan lebih mudah, keadaan ini membantu anda merasa lebih selesa.