Search This Blog

Sauna Nyahkan Toksin dari Tubuh Anda (Detox)

Sauna Nyahkan Toksin dari Tubuh Anda (Detox)


 Spa sebenarnya direka untuk memberikan suasana rileks dan mengurangkan stress. Namun akhir-akhir ini ia telah menjadi popular sebagai satu kaedah untuk "detox"  atau dengan kata lain me"nyah"kan pencemaran atau keracunan yang berlaku dalam tubuh badan.

Ya, memang benar sauna adalah satu kaedah yang baik untuk melepaskan tekanan dan bersantai tetapi ia juga boleh memberikan kelebihan dari segi kesihatan dalam bentuk membantu mengeluarkan racun atau toksin dalam badan.

Sebenarnya penggunaan sauna sebagai satu kaedah perawatan telah pun diamalkan oleh Klinik Perubatan Mesra Alam (environmental medicine clinics), sebagai satu kaedah rawatan untuk mengeluarkan logam berat dari dalam tubuh.

Oleh kerana kaedah mudah ini sangat berkesan, penggunaannya sebagai perawatan kepada pesakit akibat dari pendedahan terhadap bahan kimia dan logam berat telah meningkat. Ia bukan sahaja satu kaedah yang baik untuk meng"nyah" toksin (Detox) logam berat  atau bahan kimia beracun, malahan, sauna juga adalah satu cara berkesan untuk menyingkirkan pencemaran yang berlaku dalam kehidupan kita setiap hari.

Sauna amat sesuai untuk bekerja bersama tubuh badan yang direkabentuk untuk meyingkirkan toksin dari dalam tubuh kita dan Kulit adalah merupakan organ terbaik ditubuh kita yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan bahan-bahan tidak berguna, ia mengeluarkannya dari tubuh menerusi pepeluhan.

Pepeluhan merupakan satu fungsi penting dalam men"nyah"kan toksin yang terkumpul dalam badan. Bersauna membolehkan kita berpeluh dengan lebih banyak dan pada masa yang sama toksin juga akan keluar dari tubuh kita.
Persekitaran kita pada hari ini mendedahkan kita dengan pelbagai bentuk pencemaran dan bahaya bahan kimia, bermula dari apa yang kita sentuh, pakai, guna, hidu, sehinggalah kepada makanan yang kita makan. Amalkanlah bersauna untuk menjaga kesihatan, ia adalah satu kaedah terbaik untuk mengeluarkan toksin dari badan.

Bersauna juga kaedah terbaik untuk mencegah pelbagai penyakit, ia bukan sahaja menyenangkan bahkan memperbaiki tahap kesihatan yang lebih baik. Adalah elok untuk mengamalkan bersauna sekurang-kurangnya 15 minit  sekali setiap bulan dan lebih kerap jika cuaca sejuk.

Petikan dari artikel :
Release Stress and Relax With Sauna - Eliminate Toxins With Sauna As Body Cleansing Detox

No comments:

Post a Comment