Search This Blog

Friday, November 12, 2010

TAHU TAK MENGAPA SAUNA TU ELOK UNTUK KITA???



ELOKNYA BER “SAUNA”/MANDI WAP

            Sebenarnya banyak sebab mengapa sauna elok untuk kesihatan selain daripada mengeluarkan peluh dan mengeluarkan lebihan air dalam badan (water retentation) semata

      1.       Tahu tak??, bahawa kepanasan wap akan memberikan kelegaan pada otot yang ketegangan  dan kerehatan selepas kita bekerja atau bersenam atau dengan kata lain ia akan mengurangkan stress otot dan tubuh kita.

           2.      Tahu tak??, mandi wap  juga bukanlah tentang mengurangkan lebihan air dalam badan sahaja tetapi juga toksik dalam badan yang masuk menerusi udara, bahan kosmetik yang digunakan atau dari makanan yang kita makan (Tahu tak hampir 60% sayuran adalah beracun) Macam-macam racun ada dalam badan dan mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai antara logam berat yang biasa ditemui dalam badan manusia adalah  aluminium, cadmium, plumbum dan mekuri) Bahaya tau kalau simpan lama-lama nanti bertambah-tambah lak tulah yang buat kita dapat macam-macam sakit tau.

3.      Tahu tak??,  yang kepanasan wap juga akan membuka liang roma atau pori-pori  dan semasa berpeluh ia juga akan menarik keluar kotoran yang terlekat pada dalam dan luar kulit dengan cara ini kulit anda akan menjadi lebih bersih, cantik dan segar.

4.      Tahu tak??, selain itu, peredaran darah juga  akan menjadi lebih lancar dan memudahkan pengalirannya dan dapat mengurangkan masalah darah tersumbat di dalam badan. (Sebab tulah badan dan wajah akan nampak lebih kemerah-merahan bila keluar bilik sauna kelass… gitu)

5.      Tahu tak??,  badan kita yang kepanasan akan secara semulajadi bekerja keras untuk menyejukkan badan begitu juga jantung kita  yang akan berdegup dengan lebih kencang untuk tujuan ini . Ia juga baik untuk kesihatan jantung  kita. Ia tak sama dengan  latihan kardio, dimana anda perlu berusaha keras barulah anda mendapat kesan yang sama dari tubuh.

6.      Tahu tak?? Bahawa badan kita akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih dan lain-lain sel untuk melawan penyakit  apabila kepanasan. (Kepanasan badan ni macam bila kita demamlah tapi rasa panas yang bukan sebab kita demam, tapi sebab mandi wap)






No comments:

Post a Comment